Friday, June 13, 2014

Part (1) Tunang + Akad Nikah : Teaser .....

Ehem - ehem Assalamualaikum PUAN Nurul.... Heee Heee oi da berubah status dengan sekelip mata saja...eh?

Alhamdulillah dengan 3 kali lafaz...saya Cik Nurul telah berubah status kepada Puan Nurul tepat pada pukul 11.05 pagi pada tanggal 31 Mei 2014. Alhamdulillah Ayah ku sendiri yang menikahkan kami...Allah Allah... terharu rasa ... Terima kasih ayah kerana selama ini menjaga kakak dengan sebaiknya... tanggungjawab ayah dah beralih kpd suami kakak...Semoga suami ku dapat membimbing and manjaga ku sepertima ayah ku menjaga aku selama ini. Tanggungjawab ayah utk mengahwinkan anak perempuan nya da lepas satu...tinggal adik aku plak..he he he

Ok... Entry nih nak post gambar untuk teaser je dulu ek...sebab gambar sangattt banyak...nak kene pilih2 jugak..kalau letak semua mau berat blog comel ku ini hehehe.

Sedikit ringkasan mengenai majlis ku ini.. Pada hari yang sama telah berlangsung 2 majlis secara serentak iaitu Majlis Tunang pada pukul 10 pagi dan di teruskan dengan majlis akad nikah pada pukul 11 pagi... Alhamdulillah ... semua ini cadangan daripada ayah aku yg tak nak kami bertunang lama... lebih baik sekiranya di jimatkan untuk majlis akad nikah terus.. mungkin bagi ayah aku mencari yang wajib + halal itu lebih penting daripada bertunang lps tuh berjumpa tanpa ikatan suami isteri yang sah.


:: Majlis Tunang ::

:: Alhamdulillah..selamat di nikahkan ::

Aku Isterinya & Dia Suami Ku

Nih teaser yerp dlu...nnti baru upload gambar lain hehehe
Akan di susuli dengan entry review...hoyeah!

p/s : Gambar suami lupa nak upload daa... ui awak dh kahwin k...jgn lupe dh berlaki ok! hahaha


:: Terima Kasih ::