Assalamualaikum
Kalau tengok tv mulut ni tak sah kalau tak dapat kunyah jajan kan?? tapi iols ni selalu kene sound kalau mintak makan jajan hahahah Aish! macam budak-budak kan ..yela, tak elok sangat makan jajan sbb banyak kandungan MSG and yang kita tak pasti, Tapi masalahnya mulut nak mengunyah ajeee hahaha alasan selalu bagi... "baby lapaq u"... heheheh ceh!
So, satu hari tu laki ku ade tanya, nanti nak google la cara buat Mister Potato sendirian berhad Hahahaha Tak sempat nak google, ternampak dalam new feeds kat FB...eh! macam tahu je kan...so, we try it! and its success!!! yeay! sedap okey!
Walaupun rupa tak sebijik macam Mister Potatoooo tapi rasa tuh boleh la..just put your favourite perasa je la. Untuk 1st trial, just letak garam je... then 2nd trial letak serbuk cheese ... waaaa sedap sangat!! letak tak banyak pun...sikit je campur dengan garam sikit, lepas tuh goncang-goncang tupperware bagi sebati dengan kentang.. sebalang hadap pun xcukup ok!. hahahaha
Resepi kerepek kentang cheeseeeee
Bahan :
1) Kentang
2) 2 sudu besar Cuka makan
3) Minyak
4) 500 ml Air
5) garam
6) Serbuk cheese ( nak ganti dengan lain pun boleh cth : serbuk blackpaper, serbuk cili)
Cara-cara
1) koyak kulit kentang
2) Guna pisau kupas kulit untuk hiris kentang halus2.
3) Rebus air bersama 2 sudu cuka makan, bila dah gelegak masukkan kentang, biarkan selama 3 minit (Tips untuk kentang kekal rangup dan tidak lembik bila di goreng)
4) Basuh dan toskan kentang, biarkan kentang kering seketika.
5) Panaskan Minyak dan pastikan minyak panas baru goreng kentang yang dh di tos sehingga kering airnya.
6) Goreng sehingga warna bertukar kuning keemasan and gelap sedikit.
7) Tapis dengan tisu dapur, biarkan minyak serap di tisu.
8) Masukkan kentang ke dalan bekas tertutup, Tabur garam sedikit with serbuk cheese.
9) Tutup Bekas and goncang bekas. Siap!
Sila Nikmati sambil tengok tv.... Sedap!!