Monday, January 31, 2011

~~plaYing game~~

~~uit2...aku ngah giler main game nih...------>tgk bwh


best gk r game nih...mula2 main syok..pastuh lelame asikk jd cmnih jer---->menci taw!!! geram pown ader..hihhihi so kene relax n main slow2 bru bleh ke next stage....hihiih tq to admire coz bg aku idea di kala buhsan...xbuhsan pn main gak...heheheh....
bile plant kene mkn gan zombie n da masuk umah owg...so jd laaa cmnih.-------->




amik ko...gan otak2 dye mkn...heheheh takutttttttnyerr....jom layan game nieh k...


:: Terima Kasih ::

Friday, January 28, 2011

~~`mencari diRiKu~~

~~SaLam~~

mlm nih aku keseorgan di bilik...bosanyer rase...tba2 rase nak update blog aku jerk...
sunyi nyer mlm...sepi jerk...sesepi hati aku..yes..aku xpernah rase sepi sampai mcm nih skali..mengapa ek??aku pun keliru??aper sebenarnyer yang aku rase??? hmmm...i dont know..i lonely without message IN from my phone...i lonely without calling from u...yeah..i feel that...but what should i do?? aku cuba utk menahan perasaan e2 semua...sbb aku xnak mengingati setiap kenangan yang tercipta antara kita dahulu...makin lama aku makin melupai dye...yeah..aku bersyukur sgt kerana aku mampu berbuat demikian..aku xnk ingat kat dye lagi...sbb dye xpnh ingat pown kat aku...adakah dgn melepaskan dye pergi dr hidup aku membuat kan aku hilang kebahagian utk diri aku??sudah tiada kah kebahagian lain dlm hidup aku??aku menanti saat itu tiba...tp kenapa terlalu lama?? aku takut..aku takut aku akan lupa perasaan sayang,cinta pada seseorg sekiranya hti aku sudah xdpt menerima kehadiran insan L lg dlm hidup aku...aku xpenah serik untuk mencr kebahgian..tapi aku tak tahu knaper aku begitu takut...aku takut sekiranya aku dipertemukan dgn seseorg yg salah dlm menilai diri aku...aku hanya perlukan seseorg yg menerima diri aku seadanya dan aku selesa bersamanya...aku bknyer sombong...tp aku berhati2...mampukah aku menerima yang palsu utk kali ke 2??owhh tidak..sbb ianya akan menambahkan lg parut dlm hati aku ini...
kadang2 aku terpikir...knaper kwn2 aku...org lain begitu sng mengecapi kebahagian...sdgkan aku hanya ....hmmm xperla..aku kepada qada dan qadar yg telah ditentukan oleh ALLAH s.w.t...aku hanya berharap apabila suatu hari nnti apabila aku dipertemukan dgn yang di cipta utk aku...hati aku lapang dan tenang menerima dirinyer...tidak mahu ada keraguan dan perasaan yang tidak enak...

aku percaya ada cinta yang telah di berikan olehMU Ya Allah...AMEEN!!




~~ “Ya Allah… Cukuplah Engkau saja yang menjadi pemeliharaku di dunia dan akhirat kelak. Dengarkanlah rintihan hamba-Mu yang dhaif ini. Jangan Engkau biarkan aku sendirian di dunia ini maupun di akhirat kelak. Sebab itu menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran. Maka, kuruniakanlah aku seorang pasangan yang beriman, supaya aku dan dia dapat membina kesejahteraan hidup ke jalan yang Engkau redhai. Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh, Amin… Amin… Ya Rabbal Alamin.”~~



:: Terima Kasih ::

Tuesday, January 25, 2011

# JANGAN MANDI MALAM # BAHAYA!!!!!!


artikel from FB

Saya gemar bermain badminton. Selalunya saya main pada waktu malam dan sekembalinya saya akan mandi sebelum tidur. Saya perhatikan bahawa tapak tangan saya semakin basah semenjak saya bermain badminton. Arwah guru saya mula mengajarkan ilmu bahawa elakkan mandi malam bagi mengelakkan penyakit paru-paru berair.
Saya macam percaya dengan tidak kata-kata guru saya ini kerana maklumlah saya lulusan universiti sedangkan guru saya tidak masuk universiti. Saya tidak menolak atau menerima saranan beliau namun saya menjalankan proses sains iaitu membuat proses pemerhatian untuk mendapatkan keputusan.
Bila ada kesempatan ke hospital sewaktu menziarahi rakan atau saudara, saya meluangkan masa berjumpa dengan pesakit yang kena penyakit paru-paru berair. Saya perhatikan pesakit ini ditebuk lubang pada dadanya untuk memasukkan saluran getah kira-kira diameter 5mm. Salur getah ini disambungkan dihujungnya kepada satu beg plastic transparens. Di dalam beg plastik transparens ini terkandung cecair pekat mirip air jus tembikai. Pesakit ini memberitahu saya bahawa beliau kena penyakit paru-paru berair. Setelah berbagai soalan saya ajukan, akhirnya saya dapat satu soalan cepu mas iaitu ada main badminton ke??
Pesakit ini memberitahu saya bahawa ia bermain badminton semenjak belasan tahun hingga usia sekarang iaitu lebih 50 tahun. Ia bermain waktu malam dan selepas bermain beliau akan mandi.
Dari satu pemerhatian ini, kajian saya masih belum mantap kerana terdapat pelbagai variable lain yang saya lupa masukkan dalam kajian ini. Dengan itu, saya meneruskan kajian ini kepada ramai orang lain dan hasilnya menakjubkan. Sememangnya korelasi mandi malam dengan masalah paru-paru adalah tersangat kuat. Dengan ini kesimpulan asal saya adalah tepat dan benar iaitu mandi malam menyebabkan masalah paru-paru seperti paru-paru berair.
Pada beberapa bulan lepas, seorang rakan sekerja saya telah dimasukkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) kerana masalah paru-paru. Saya bersama beberapa rakan datang melawat pesakit ini di HSA. Apabila sampai dan bertemu pesakit ini, kami terus mengajukan apakah sebenarnya penyakit yang dialami rakan sekerja saya ini. Setelah beliau memberitahu beliau menghadapi masalah paru-paru berair, saya terus mengajukan soalan “Sipolan, engkau selalu mandi malam ke? “.. Belum sempat pesakit ini menjawab, isterinya segera mencelah “Dia memang selalu mandi malam. Orang dah pesan jangan mandi malam tetapi dia degil terus mandi malam. Kadang-kadang kalau musim panas, dia ni mandi malam dua kali untuk menyejukkan badannya “. Sahabat saya diam tersipu-sipu lalu berkata “badan dah panas, nak buat apa! “. Begitulah kata-kata orang yang degil.






:: Terima Kasih ::